Tuesday, March 10, 2015

Drama

Dalam banyak-banyak waktu hati ni merindukan kakyu,
Malam ni paling membuak-buak rasa itu.

Entahlah...
Mungkin sebab tiba-tiba merasa masa berlari terlalu laju.
Tengok kalendar rupa-rupanya 12 hari lagi genap 6 bulan pemergian kakyu.
Macam tak percaya dah hampir setengah tahun berlalu.

Mungkin juga sebab kebelakangan ni drama yang berlaku terlalu banyak.
Macam slot Akasia, Zehra dan yang seangkatannya punya babak.
Tapi bila fikir-fikir balik, memang boleh buat orang tergelak.

Bila abang ipar bakal sekali lagi menjadi abang ipar.
Dan tangis kakak yang paling aku rapat...hanya aku yang dengar.

Bila aku bertanya 'Betul ke ni tak apa?'
Dia kata, rilekslah. Asalkan yang lain boleh ketawa.

Selalu juga syaitan jahat mencucuk-cucuk hati.
Suruh bertanya pada Dia, kenapa cerita kami macam ni.
Alhamdulillah, lidah mampu beristighfar lagi.

Tapi betul, bukan senang nak tetapkan hati untuk terus redha.
Hari ni menerima, esok lusa mempersoal semula.

Yang susahnya bila kadang-kadang Haziq buat perangai,
Title 'anak yatim' selalu jadi perisai.
Antara nak mendidik atau kesian, tak tahu macam mana nak nilai.

Yang pasti, bukan aku seorang je rindu.
Bila Haziq tiba-tiba panggil 'mama' tanpa sebab, siapa yang tak sayu?
Cuma masing-masing buat-buat tak tahu.

Moga Allah kurniakan hidayah dan kekuatan.
Untuk terus berdepan dengan dugaan,
Kerana tak lain tak bukan,
Tu semua untuk menguji tahapan iman.

Al-Fatihah

0106 HR
10032015